BE WHERE YOU WANT TO BE, LIVE HOW YOU WANT TO LIVE, DO WHAT YOU WANT TO DO, LOVE WHO YOU WANT TO LOVE.

Tuesday, April 23, 2013

cuba try test??



Susah rasanya untuk kita faham kan apa diri kita rasa…. Nak faham diri sendiri pun susah inikan nak faham orang lain….

Apa kata hati wanita sebenarnya… ramai orang kata… susah dan sangatlah susah dan teramatlah susah untuk lelaki faham kehendak wanita dan apa yang wanita rasakan…. Melainkan wanita tu sendiri express kan lelaki itu… dengan itu sahaja lelaki dapat tahu apa yang wanita rasakan… hmmmm…. Kehendak wanita kita tolak ke tepi aja… sebab kadang2 wanita ni kehendak dia ni pelik2…. Terlampau mengikut perasaan… tak pernah fikir panjang…. Kan… cara cakap macam aku ni bukannya perempuan kan… haha.. MAKANYA ini adalah perkongsian sebenarnya… jangan salah faham… kat sini aku nak terangkan keadaan sebenar wanita…. Bisa ya?? Tapi tak lah pandai sangat aku nak terang kan terperinci… ini berdasarkan pengalaman masing2….

Aku rasa macam nak buat temu ramah je… apa yang lelaki nak pada wanita…. Apa yang lelaki inginkan dari wanita…. Apa yang lelaki harapkan dari wanita yang mereka suka…. Lepas tu buat perbandingan… apa yang wanita harapkan dari lelaki… dan apa yang wanita inginkan dari lelaki… layanan yang bagaimana mereka nak sebenarnya… hurm…. Agak2 kalau aku tanya ada respon yang baik tak?? Hehe.. mestilah adakan.. masa ni lah wanita dan lelaki nak tahu keadaan yang sebenarnya macam mana sekarang ni… tengok lah keadaan macam mana nanti ok… berjaya ataupun tak… J

Berdasarkan pengalaman aku dalam hal bercinta ni lah kan…. ( padahal tak pandai bercinta aku ni hah) Selalu nya… lelaki akan ambil alasan berkawan pada mulanya…. Mestilah kan… tak kenal maka tak cinta…. Tak pernah pulak lah aku dengar… tak kenal.. tak pernah jumpa…. Tak terserempak kat mana2 macam dalam filem2 Melayu sekarang ni… tetiba je ada lelaki datang kat perempuan ni… berlutut… lepas tu cakap ‘ sudi tak awak menjadi suri di hati saya… menjadi ibu kepada anak2 kita…. Menjadi makmum tatkala saya menjadi imam…’ COP!! Ayat aku macam over je ??? =_=” ok… tak lah sampai berlutut… tapi kan.. tengok lah… susah nak dapat macam ni…. KECUALI…. Hah…. Nampak kecuali besar kat situ…. Kecuali berkahwin atas pilihan keluarga…. Kan… lawak kan…. Ada sesetengah daripada kita ni sangat membantah dalam hal ni… berkahwin atas pilihan keluarga…. Teruk sangat ke wei??? Akan menjadi teruk sebab sekarang ni… remaja lebih berminat nak nak cari sendiri… al maklum, masing2 ada taste tersendiri… nak macam muka korea lah,,,, arab lah…. Justin ‘bibir’ lah.. huh! What ever! Kesah pulak aku kan… nak budget yang handsome2.. habis yang ALLAH kurniakan wajah yang kurang molek tapi comel lebih ni kau orang nak tolak tepi lah… haish…. Bila kita memuji seseorang tu umpama kita sendang memuji cipta ALLAH.. maka balasannya adalah pahala…. Bila kita mengeji mengutuk sesuatu perkara…. Umpama kita sedang memburukkan ciptaan ALLAH…. Balasan nya LU FIKIR LAH SENDIRI…. Tak kan lah benda tu pun nak kena ajar kan…..

Istilah kawan bagi lelaki berlainan dengan kawan bagi perempuan…. Tapi benda ni ada yang tak ada pada semua orang lah ya… sebab sesetengahnya memang berniat ikhlas dan tulus berkawan… tapi dalam kategori ni… istilah berkawan bagi lelaki adalah permulaan bagi mereka untuk lebih dari kawan…. Maksud lebih dari kawan.. pada mulanya kawan… kemudian… sahabat baik… kemudian mereka ni menginginkan lebih dari kawan…. Nampak tak permainan kat sini… lelaki sangat pandai mengatur strategik dalam mencari pasangan…. Dalam proses berkawan… lelaki ni akan sikit demi sedikit mengenali hati budi perempuan ni untuk dia lihat sejauh mana keadaan perempuan tu…. Lama-kelamaan dia akan mula mengambil berat tentang semua benda … termasuk lah hal yang kecil… contoh… kesihatan… makan…. Kadang2… bersin pun dia orang sangat caring… =_=” tapi ada ke lelaki macam ni…. :P tak mustahil kan…. Bila sampai dan tiba masa yang sesuai lelaki akan cuba luahkan…. Tapi… malangnya…. Satu perkara dia tak pandai nak selidik… nak tahu apa benda… antara perempuan tu dah berpunya ataupun tak… itu perkara terakhir lelaki akan fikir bila lelaki n mula jatuh cinta pada perempuan ni masa pandangan kali pertama…. Bila jatuh cinta pandangan pertama… misi pertama lelaki adalah cari jalan untuk cuba berkawan dengan perempuan tu sampai lah dia ni lupa benda yang penting kan… lepas dapat tahu perempuan tu dah ada yang punya… serious punya lah… on the spot lelaki tu akan stop berkawan dengan perempuan tu… kolot lah kan… nampak sangat lah kat sini tak ada niat yang ikhlas nak niat berkawan…. Alasan yang tak munasabah lelaki bagi… ‘awak dah berpunya… saya tak nak menjadi penghalang hubungan awak dengan dia… saya hope sangat yang awak akan bahagia dengan dia.. terima kasih untuk semuanya” … last2 nanti dapat tahu sebenarnya orang dia jumpa dengan perempuan yang dia minat ni sebenarnya abang kepada perempuan tu… kan dah malu… kan…. Lepas tu mula lah nak kawan balik…. Excuse me boy! Perlu ke memutuskan satu tali silatulrahim dengan seseorang tu atas alasan dia dah berpunya…. Cuba fikir balik… ‘berpunya’ tu status macam mana…. Ke kita ni semua dah lupa… sebenarnya kita ni sememangnya kepunyaan seseorang…. Kepunyaan ALLAH SWT… tak ada yang lain…. Faham???

Aku hilang idea nak sambung ayat aku… maaf lah ye tergantung… hehehe.. :P

0 comments:

Powered by Blogger.
Powered By Blogger

© PENA BERCERITA, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena