BE WHERE YOU WANT TO BE, LIVE HOW YOU WANT TO LIVE, DO WHAT YOU WANT TO DO, LOVE WHO YOU WANT TO LOVE.

Monday, February 4, 2013

taraf


Assalamualaikum….. hai….

Entry kali tentang TARAF…. Apa yang korang tau fasal taraf… macam2 kan… taraf ni mesti berkait rapat dengan darjat seseorang kan.. hahaha.., pandai…. So senarai taraf dalam hidup korang ni…. Bagi aku… taraf ni merangkumi pelbagai bentuk…. Macam2 kan… negatif ada… positif ada…. Terserah pada sesiapa yang fikir…. Ini luahan pendapat sendiri… kalau ada pendapat sendiri boleh comment dan bantu aku tukar apa yang salah okey… kita sesama manusia belajar dari kesilapan… bukan hendak meninggi diri berlagak bagus….

Taraf yang petama atau yang paling famous lah kan… taraf atau kedudukan orang kaya dan miskin…. Di mana siapa yang kaya akan sentiasa berada di atas…. Sebab dieorang ada duit… dan boleh beli apa aje yang dieorang nak…. Termasuk lah keahagiaan…. Tak semua orang kaya macam tu kan… ada setengahnya membelanjakan duit di jalannya… ada yang menggunakan nya dijalan yang benar.. dengan membantu orang memerlukan…. Taraf orang miskin… mengapa perlu kita letakkan ia di bawah… hanya di sebabkan dieorang tak ada duit ke?? Sebab dieorang ni tak mampu beli apa2 ke… mereka ni mungkin miskin dengan harta tapi tak pada hati budi…. Tk perlu terasa terhina mahupun dihina… selagi kita memperoleh rezeki yang halal dan diredhai ALLAH….

Next, taraf kalangan remaja… taraf fasal apa kan… taraf tempat kita belajar…  antara budak universiti dan budak kolej… beza ke??? Ape yang beza?? Nama?? Hmmm… lagi??? Mana lagi famous??? Dengar sini ek… kolej dan universiti ni sama je tau… nama je lain… ce tengok… dua2 tempat belajar… dua2 tempat menuntut ilmu…. Dua2 tempat yang halal… bukan tempat yang haram…. Dua2 tempat menjalankan suruhan ALLAH untuk menuntut ilmu…  tak ada yang beza melainkan pemikiran yang negatif membezakannya…
Dalam banyak2 taraf… pernah tak kita nak merebut taraf kita dimata ALLAH… kita sibuk mengejar taraf di dunia tidak pada taraf akhirat… di mana kita letakkan taraf tu… mesti kita lupakannya… ALLAH sentiasa meletakkan taraf hambanya sama… tak ada siapa yang tinggi dan tiada siapa yang rendah…. ALLAH layang semua hambanya dengan adil… tak ada pilih kasih… tapi manusia yang pandai2 meletakkan perkara tu semua… menyalahkan itu.. menyalahkan ini… meluahkan itu meluahkan ini…. Bangga dengan nikmat sementara…. Bukan bangga dengan nikmat yang hakiki…

Kita manusia ni hambanya yang alpa dan pelupa… sentiasa tak sedar apa yang kita lakukan… beristighfar lah kamu tatkala kita sedar ia adalah satu kesilapan dan khilaf…. Ucaplah alhamdulillah mensyukuri nikmat yang diberi… berselawatlah ke atasnya menunjukkan kita sentiasa mengingati NYA… bersujud lah pada NYA menunjukkan rasa cinta dan rendah diri kita pada NYA…..

0 comments:

Powered by Blogger.
Powered By Blogger

© PENA BERCERITA, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena