BE WHERE YOU WANT TO BE, LIVE HOW YOU WANT TO LIVE, DO WHAT YOU WANT TO DO, LOVE WHO YOU WANT TO LOVE.

Sunday, December 30, 2012

siapa nak tahu makna cinta ???


Cinta tidak boleh dipaksa kerana ia adalah kurniaan dari ALLAH SWT. Jika DIA menginginkan maka itu lah yang jadi. Tapi jika ketika dia ingin menarik nikmat itu. Tiada satu pun yang dapat menghalangnya. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya iaitu CINTA KEPADA ALLAH SWT.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Benar kerana ALLAH mencipta kita berpasangan lelaki untuk wanita dan wanita adalah untuk lelaki. Seperti mana Adam dan Hawa. Cinta bukan hak kita kita. Kerana cinta itu adalah hak NYA keran DIA adalah pengatur segala-galanya. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Kerana hanya ALLAH yang dapat meruntuh kan nya.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak. Tapi jangan jadikan ALLAH hanya sebagai tempat kita sedih sedangkan DIA juga yang mengurniakan rasa kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup kita ini. Dan sedih, kecewa serta kesusahan kurniaan nya juga. oleh itu, hargai setiap nikmat yang DIA beri kerana itu adalah kekuasaan NYA.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai. ALLAH tahu antara siapa yang dapat menjaga kita ke jalannya atau pun akan membawa jalan kegelapan pada kita.

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana. Oleh itu, cinta pada cinta hakiki di mana dia takkan mati mahupun pergi dari kita iaitu ALLAH SWT.
Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain. Seperti pengorbanan Nabi Ibrahim. Apa yang dia lakukan adalah. Kerana cinta dia pada ALLAH dia sanggup menjalani suruhan ALLAH untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi. Tetapi sayangnya keindahan pelangi hanya lah seketika. Jangan lah sehingga hati kita berubah seperti pelangi di mana sayang dan cinta kita padanya hanyalah seketika.
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan. Di mana ALLAH meletakkan setiap ujian yang diturunkan pasti memperoleh dua kali kebaikan daripada cubaan yang diberi.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya. Kerana menginginkan tak semestinya memiliki.

Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ? benar, kerana sungguh indah jika kita mencinta NYA kerana hanya DIA yang dapat membalas cinta itu dengan seikhlas mungkin.
Dan benarlah kata orang cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

0 comments:

Powered by Blogger.
Powered By Blogger

© PENA BERCERITA, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena