BE WHERE YOU WANT TO BE, LIVE HOW YOU WANT TO LIVE, DO WHAT YOU WANT TO DO, LOVE WHO YOU WANT TO LOVE.

Sunday, December 30, 2012

hari terakhir baginda...


Hari terakhir baginda,,,,,

Sahabat baginda, Abu bakar As Siddiq, Umar bin al Khatab,  Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talha bin Ubaiduallah, Zubair bin Al Awam, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid, Abu Ubaidah bin Al Jarah, Bilal bin Rabah, Abu Darda

Pada hari terakhir baginda…. Baginda dalam kesakitan…  semua sahabatnya sangat sedih melihat keadaan baginda… ketika dalam kesakitan… baginda ingin berjumpa sahabat-sahabatnya di masjid buat kali terakhir…  ketika mereka berkumpul… baginda pergi ke masjid dengan keadaan kesakitan dan di bantu oleh salah seorang sahabatnya… baginda berkata….

“wahai sahabat ku, adakah antara kamu aku pernah sakiti. Aku ingin menghapus dosa ku yang ada. Aku malu pada ALLAH jika menghadapnya dengan ada dosa dalam diri ku ini. Katakanlah jika ada antara kamu pernah aku sakiti wahai sahabat. Aku ingin memohon maaf”

Semua sahabat baginda menangis, terharu dengan pengakuan baginda. Dalam tangisan mereka, salah seorang daripada mereka menangis semahu mungkin. Lalu baginda berkata.

“wahai sahabat ku, mengapa engkau kelihatan begitu sedih sekali? Adakah aku pernah menyakiti  kamu  wahai sahabat”

Lalu sahabat baginda itu pun berkata,

“YA Rasullullah, ya, engkau pernah menyakiti aku. Ketika itu aku ingin bertemu pada mu. Tetapi engkau telah pun naik tunggangan mu. Kemudian Ya Rasul engkau tidak perasan aku ada di belakang mu lalu engkau pukul tunggangan mu dengan kayu pemukul. Secara tak sengaja kayu pemukul itu terkena pada badan ku”

Selepas mendengar pengakuan sahabatnya itu, baginda itu pun berkata,

“maafkan aku wahai sahabat ku”

Lalu baginda mengambil kayu pemukulnya dan diberikan kepada sahabatnya yang membantunya untuk diberikan kepada sahabatnya yang berkata sebentar tadi.

“itu adalah kayu pemukul ku. Engkau ambil lah. Engkau pukul lah badan ku ini. Engkau balas lah balik apa yang dah aku lakukan pada kau wahai sahabat ku”

Sahabat baginda memegang rotan. Lalu berkata lagi sambil menundukkan wajahnya dan menangis

“Ya Rasulullah, maaf kan aku. Ketika itu aku tidak memakai baju. Maafkan aku”

Antara sahabat yang berada di situ berkata

“Apa yang cuba kau lakukan? Tidak kah kau lihat keadaan baginda yang sedang sakit ini?”

Baginda berkata,

“tidak mengapa wahai sahabat ku. Biar lah aku menerima hukuman ini. Engkau duduk lah kembali”

Lalu baginda membuka bajunya menampak kan tubuhnya yang bersih suci itu. Sahabatnya memegang kayu pemukul dengan keadaan tangan yang menggetar. Sesungguhnya dia tidak sanggup memukul Rasulullah. 

“pukul lah aku wahai sahabat, sesungguhnya aku sudah pun menyakiti kamu. Pukul lah badan ku”

Baginda berkata sambil menunduk kan badannya seperti rukuk.

“pukul lah badan aku ini sebagai penghapus dosa ku sahabat”

Lalu sahabatnya bergerak berdekatan dengan baginda. Lalu di angkat kayu pemukul itu. Sahabatnya memegang kayu pemukul itu dengan erat sekali. Sahabat-sahabat yang lain tidak sanggup melihat baginda di sakiti di pukul. Mereka menundukkan wajah masing-masing kerana sangat sedih melihat keadaan baginda. Baginda sanggup berikan badan nya demi menerima hukuman yang bakal menghapus dosa di hayat nya akan ditarik oleh malaikat. Sahabat nya masih kaku di sebelah baginda kayu pemukul masih di genggam.

Tiba-tiba. Kayu pemukul yang di genggam jatuh ke lantai.

“YA RASULULLAH!!! Sungguh aku tak dapat menyakiti mu!! Maaf kan aku. Aku berbohong pada mu Ya Muhammad. Aku cuma ingin memeluk diri mu YA RASULULLAH sebelum engkau pergi kembali ke sisi ALLAH. Sebelum nyawa mu ditarik oleh malaikat. Maafkan aku Muhammad.”

Beliau berkata sambil menundukkan tubuhnya memeluk NABI MUHAMMAD yang sedang membongkok. Lalu semua sahabat-sahabatnya yang lain memeluk baginda juga.  Sebegitu sekali sahabat-sahabatnya sayang pada NABI MUHAMMAD.

Selepas kejadian itu. Nabi Muhammad pulang ke rumah dengan dibantu sahabatnya. Ketika di rumah baginda baring dan rumahnya dipenuhi dengan masyarakat yang mencintai dia. Tangan Aisyah sentiasa basah menyapu kening Muhammad dengan air untuk mengurangkan kepanasan badan suaminya. Dalam keadaan ketika itu. Kelihatan baginda cuba bercakap. Lalu salah satu sahabatnya mendekat kan diri pada baginda.

“Ya Rasulullah, engkau ingin berkata sesuatu kah?”

Lalu baginda pun berkata…

“UMATI… UMATI…. UMATI…. Bagaimana dengan umat ku nanti. Bagaimana dengan keadaan umat ku nanti. Dapat kah mereka hidup di dunia nanti dengan beriman pada ALLAH serta aku. Bagaimana mereka mengenali aku ketika itu nanti. Aku bimbang bagaimana keadaan mereka nanti. Iblis takkan berhenti mengganggu umat ku nanti.”

SUBHANAALLAH!!!! Ketika di akhir hayatnya. Baginda hanya memikirkan umatnya. Siapa umatnya?? Umatnya adalah kita!!!!!!!! Baginda tidak memikirkan keluarga nya, kaum-kaum nya, keadaannya, sahabatnya mahupun apa-apa. Apa yang di keluarkan dari mulutnya adalah bagaimana umatnya nanti!!  Di sangat menyayangi kita sehingga memikirkan kita sebegitu sekali. Walhal ketika itu kita ini tiada lagi di dunia. Tapi baginda sangat ingin menjaga kita umatnya!!!!!!

Sebelum baginda menghadap ilahi. Ketika baginda berkumpul sahabat-sahabatnya. Baginda bertanya pada sahabat-sahabatnya.

“siapakah yang paling mulia di sisi ALLAH ?”

Sahabatnya berkata..

“mesti para malaikat. Kerana mereka sering bertasbih padanya ya Muhammad”

Baginda berkata

“benar. Malaikat mulia di pandang ALLAH swt kerana sering bertasbih pada NYA. Tapi ada yang lebih mulia”

Sahabatnya berkata lagi…

“mesti lah rasul-rasul kerana mereka juga sentiasa mengikuti arahan yang diberi olehnya”

Baginda berkata lagi..

“benar, mereka sentiasa melakukan tugas yang diberi. Tetapi ada yang lebih mulia dari mereka di sisi ALLAH”

Sahabat baginda berkata lagi…

“adakah kami yang engkau maksud kan Muhammad?”

Baginda berkata

“wahai sahabat, orang yang paling mulia di sisi ALLAH SWT adalah manusia yang bakal lahir nanti. Mereka akan mencintai aku serta menyayangi aku walaupun mereka tidak pernah melihat wajah ku. Mereka juga akan mengabdikan diri mereka untuk ALLAH SWT sebagai hambanya. Mereka akan sentiasa bertasbih, memuji ke atas aku serta ALLAH SWT. Kejadian mereka sangat hebat. Sehingga mereka adalah orang yang mulia di sisi ALLAH.  Manusia sentiasa ingin melihat wajah ku. mereka juga sangat rindu untuk berjumpa dengan aku”

ALLAH HU AKHABAR!!!! Sebegitu sekali  mulia manusia di dunia ini di mata RASUL serta Nabi kerana kita adalah manusia yang mulia di sisi ALLAH. Tapi pernah tak kita terfikir? Ke mana arah hidup kita selama ini? Hidup kita ini untuk siapa? Siapa kita ? sedar kah kita tentang kita sudah pun berjanji akan taat setia pada NYA… tapi!!!!! Apa yang kita lakukan sekarang ini!! Siapa yang kita fikirkan sekarang ini!! Mengapa kita tidak beriman padanya!!! Mengapa kita kufur padanya??!!!!!! Mengapa kita tidak bersujud pada NYA??!!! Mengapa kita sombong bongkak hidup di dunia yang sementara ini???!!! Mengapa!!!!!!!!  Beristighfar lah kamu semua wahai manusia umat NYA. ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM… ulang lagi.. ASTAGH FIRULUALLAH HAL AZIM… istighfar lagi… ASTAGHFIRULUALLAH HAL AZIM….


0 comments:

Powered by Blogger.
Powered By Blogger

© PENA BERCERITA, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena