BE WHERE YOU WANT TO BE, LIVE HOW YOU WANT TO LIVE, DO WHAT YOU WANT TO DO, LOVE WHO YOU WANT TO LOVE.

Monday, March 30, 2015

tunang 3

"Ya Allah kau kuatkan lah Mira,
tabahkan hati nya melalui ujian Mu,
sembuhkan lah dia dengan segera,
kembalikan lah senyuman padanya"

"Mira bangun dah?"

"Aku kat mana?"

"Mira ada kat Tanjung Rambutan" tanya lagi kat mana minah ni.

"Buat apa aku  kat Hospital gila ni?" aku kat hospital sakit jiwa dah kenapa? bila aku sakit jiwa?

"Hahahahaha. Hospital tu dah betul. Gila tu tak lah. Takkan lah sayang Nas sakit jiwa kot" comel lah Mira ni.

"Kau kalau dah kena bantai jangan tanya kenapa" mamat senget dah kenapa ada kat sini?

"Alahai Mira ni. Makin garang makin comel. Aum! Geram kita" hahaha

"Kau yang sepatutunya kat hospital sakit jiwa. Kau buat apa kat sini?" dah kenapa comel dia ni..

"Nas kat sini buat apa? tanya lagi? Nas kat sini tengah masak" ambik kau. dah sah-sah aku jaga kau.

"Tak lawak lah"

"Tak cakap pun lawak. Lawak ke?"

"Sakit aku layan kau ni"

"Sakit? sakit kat mana? nak Nas panggilkan doktor ke?"

"kau dah gelabah kenapa?" tahu takut.. risau...

"Ish Mira ni. Risau lah. Mira tak tahu betapa risaunya Nas tengok Mira tadi. Darah penuh kat dada tadi tambah lagi dengan Mira pengsan" Nas sayang Mira tau tak?

"Darah? kat dada?" dia ke dukung aku tadi? dada? dia tengok dada aku? cop tudung aku?

"dah kenapa bergulung dengan selimut? ingat Nas tengok sangat ke? Orang fikir risaukan dia tadi nak fikir kita ni pervert ke? "

"tak cakap pape pun. Terasa kenapa? aku nak tudung" Ya Allah aurat aku tak.

"Hah? tudung kejap Nas minta nurse and bagi tahu doktor Mira dah sedar" SubhanaALLAH kenapa aku tak perasan dia tak bertudung tadi. Ampunkan lah dosa dia dan aku Ya Allah




"Mira, Nas letak tudung kat atas meja ni sebelah ni. Nanti dah siap pakai panggil" tak keluar lagi dari selimut?

"Thank You" segan nya aku

"Apa dia Mira? Nas tak dengar" hahaha dia cakap thank you ke tadi?

"Keluar aku nak pakai tudung! dengar tak!" mengada buat nak ulang padahal dengar

"Ya keluar lah ni" hahaha malu lah tu



"Mira dah siap belum?" aish dia ni dari tadi senyap je. takkan pakai tudung berejam. nak masuk tak nak masuk, nak masuk tak nak masuk. Haish tak sedap hati ni.. masuk lah. Aish nnt dia marah pulak. macam mana ni? Hah minta tolong nurse.
"Kak tolong tengokkan kawan saya kejap. dia kata nak pakai tudung tak dah siap ke tak"
"kejap ye akak tengok kan."
"terima kasih"
"sama-sama"


"Dik panggil kan doktor!" kenapa dengan Mira?
"Kenapa kak?"
"Patient pengsan kat bilik air"
"SubhanaALLAH! kejap saya panggilkan doktor" Ya Allah kau kuat kan lah Mira...
*******************************************************************************


"Kenapa Mira suka bahaya diri sendiri?"

"Mana ada aku bahaya kan diri" maaf kan Mira Nas

"Sebab ni Mira tak nak terima sesiapa?"

"Sebab apa?"

"Masa macam ni pun Mira masih nak sembnyikan hal ni dari Nas?"

"Sorokkan apa"

"Tolong lah Mira jawab soalan Nas. Kenapa Mira sorok kan Mira sakit?" tolong lah Mira jujur dengan Nas

"Mana ada. Aku tak sorokkan pape pun. Ini hal personal buat apa nak heboh kan kat orang semua"  Mira tak nak kan simpati sesiapa

"Mira tahu kan, Nas sayang kan Mira. Sayang sangat. Cinta kan Mira. Kenapa Mira tak izinkan Nas berada di samping Mira bila saat Mira perlukan seseorang" Mira terima lah Nas.

"Aku hanya perlukan Allah sahaja" Mira nak Nas berada di samping Mira tapi hati Mira tak benarkan

"Mira kita tetap perlukan manusia untuk melepaskan segala rasa sebagai peneman"

"Aku ada Fiqa. Dia dah cukup buat aku"

"Kenapa Mira tak dapat nak terima Nas? Nas ni jahat ke? Nas ni tak layak ke untuk Mira? "

"Kau tolong lah cari orang yang lebih baik dari aku. Orang yang boleh jaga kau dengan baik. Aku hanya dapat terima kau sebagai kawan je"

"Nas tau apa yang Mira cakap hanya pada kata2 bukan dari hati Mira. Mira i'm begging please accept me. Benarkan Nas jaga Mira sebaik mungkin. Jaga Mira dari segalanya"

"Tak perlu. Aku boleh jaga diri sendiri"

"Kalau betul Mira boleh jaga diri sendiri. Kenapa semalam Mira sanggup bahayakan diri Mira. Kalau tak di sebabkan kejadian semalam. Nas sampai bila-bila pun tak tahu yang Mira ni baru je lepas buat pemedahan dan Mira perlukan rehat. Mira tak kuat lagi. Luka pemedahan Mira terbuka balik sebab Mira dapat tekanan dari angkat berat. One more kalau tak disebabkan kejadiaan tu jugak Nas tak tau Mira ni sakit. Kenapa perlu sorokkan dari Nas"

"Kesakitan bukan lah sesuatu yang harus dibangga di khayalak ramai. Kesakitan juga bukan sesuatu yang patut di tunjuk. Kesakitan adalah satu-satunya nikmat ALLAH paling berharga pada setiap hamba NYA di dunia ni. Kenapa perlu aku kongsi kan kat kau yang bukan muhrim aku. Untuk apa? Untuk meraih simpati orang yang ada?

"Bukan macam tu Mira. Sekurang-kurang nya Nas dapt protect and tolong Mira dengan ikhlas bukan simpati. Fiqa ada bagi tau Nas yang Mira tak dapat terima sebab Mira tak nak Nas rasa terbeban dengan sakit Mira. Mira tahu kan Nas sayang dan cinta kan Mira. Nas sanggup buat apa je untuk Mira rasa bahagia"

"Rasa cinta dan sayang kita biarlah dilabuhkan pada pencipta kita yang satu itu lebih baik dari mengharap cinta dan sayang manusia yang tak kekal. Manusia hanya pandai berjanji tak tentu lagi dapat tunaikan nya. Janji pada ALLAH tak tertunai ini kan janji pada manusia"

"Nas tahu semua tu Mira. Manusia juga masih perlu kasih dan sayang dari manusia juga. Manusia ni tak sempurna dan dia perlu disempurnakan oleh manusia juga. Ketidak kesempurnaan tu harus di lengkapkan dengan kelemahan dan kelebihan seserang yang akan hadir sebagai sebahagian dari diri kita"

"Aku tak sedia lagi untuk terima tu semua"

"Kalau Mira takut tentang perkara haram. Jum Kita Couple Halal" ada ke couple halal? aku ni main bantai je cakap.

"Maksud kau apa?" couple halal?? suka hati kau je cakap ikut sedap rasa daging masak merak kan.

"Mira, Nas ikhlas untuk  jadikan Mira isteri Nas. Nas tak main-main. Nas akan masuk minang Mira esok jugak kalau Mira setuju. Lagipun tunang ni tak perlu dihebahkan. Kita Nikah Khitbah terus?"

"Kau gila apa? Perkara nikah ni bukan benda yang boleh di bawa main. Aku dengan kau pun belajar lagi. Kau nak tanggung aku dengan apa? bagi makan pasir? one more. Kita tak pernah rapat pun. Tak pernah kenal pun Kenapa kau yakin sangat aku ni jodoh kau?"

"Aku tak gila cuma menyempurnakan sunnah. Tak semestinya kita tak kenal antara satu sama lain itu bukan jodoh. Bukan nya sebab kita rapat kita boleh panggil tu jodoh. Jodoh ajal di tangan Allah. Kita merancang Allah tentu kan dan tambah sikit usaha. Nas tak yakin Mira adalah jodoh Nas tapi Nas percaya Mira adalah jodoh Nas sejak pertama kali ALLAH pertemukan kita dari semester satu lagi"

"Semester satu?" Mamat ni kaki stalker ke apa?

"Hahaha... Mira mesti tak pernah perasan pun Nas. Mira ni dari Semester satu lagi memang garang. Semua orang tak berani nak tackle singa UiTM  ni. Dari situ Nas nampak yang Mira ni pandai jaga diri dengan tak benar mana-mana lelaki yang bukan muhrim dekat dengan Mira dan sentuh Mira. Dan dari sifat garang Mira tu lah Nas percaya yang Mira sebenarnya lembut. Mira garang just untuk buat orang tak ambil mudah and ambil ringan dengan perempuan. "

"jadi kau ni dah stalker aku berapa lama?" 

"Berapa lama ya? Lama juga lah dari umur Mira 17 tahun?"

"Dah pulak kau ni. Tadi dari semester satu now dari umur 17 tahun pulak?" kusut lah mamat ni.. bahaya betul

"panjang lah ceritanya Mira. Mira ni banyak tanya lah. Nas just nak tau jawapan je ni. Bila kita dah halal boleh Nas jaga Mira. Tolong Mira dekat kelas. Semuanya lah"

"Aku tak nak" nak! haish ego betul aku ni..

"Mira nak Nas jelaskan apa lagi kat Mira yang Nas ni betul-betul ikhlas dengan Mira hah?"

"Aku tak sedia lagi" Mira nak jadi isteri Nas

"Apa yang Mira tak sediakan lagi. Umur Mira pun bukan muada lagi. Dah 24 dah Mira. Terima lah Nas. Lama Nas tunggu Mira"

"Aku tak suruh tunggu pun"

"Aish budak ni. Ada aja nak dijawabnnya. Nas call mama Mira lah macam ni bagi tau Mira dekat hospital"

"Hey! Mana dapat number mama?" hamboii kasar nampak?

"Adalah. Nas betul-betul serious dengan Mira. Nas dah jumpa dah parents Mira. Tinggal green light dari Mira je  ni."

"Jumpa mama ayah? Bila kau jumpa?"

"Hah nampak kat situ Mira memang betul-betul tak pernah perasaan Nas ni siapa."

"Kau jangan main-main. Kau ni siapa sebenarnya?"
********************************************************************************





0 comments:

Powered by Blogger.
Powered By Blogger

© PENA BERCERITA, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena