BE WHERE YOU WANT TO BE, LIVE HOW YOU WANT TO LIVE, DO WHAT YOU WANT TO DO, LOVE WHO YOU WANT TO LOVE.

Tuesday, July 8, 2014

coretan panorama hati...

wahai angin...
tiup lah engkau dengan kehendakNYA dan sampaikan lah salam rindu ku pada pemilik tulang rusuk kiri ku ini...
sesungguhnya aku tahu bahawa tulang rusuk yang ALLAH ambil dari pemiliknya adalah tulang rusuk yang paling bengkok...
jika cuba diluruskan maka ia akan patah..
dan MUHAMMAD AMIRUL AMIR BIN MUHAMMAD ZAMRI cuba membentuknya dengan kelembutan dengan melayan diri aku yang penuh keegoaan...

wahai awan...
beraraklah engkau dengan kehendakNYA...
tutupilah langit dan kurang kan kepanasandi bumi..
dan juga lindungi lah hati da dari disakiti oleh aku yang sering membuat dia sakit...
demi ALLAH yang memberi nyawa dan jiwa serta rasa ini...
tolong lindungi dia dan jagalah dia sebaik mungkin...
kerana aku mencintainya keranaMU...

wahai pokok..
tumbuh rendang dan membesarlah engkau dengan kehendakNYA...
kau seperti dia yang menjadi pelindung dan tempat berteduh setiap amarah aku seperti terik mentari yang memancar...
dia jadikan drinya seeperti pokok tempat aku berteduh dari cahaya mentari serta merasa kedamaian dan aman di bawah dibawah dahan yang rendang serta rimbunan daun yang menutupi  muka ku dari panahan cahaya disisi dia...
jadi....
permudahka lah hidupnya sebagaimana dia uba permudahkan hidupku...
kerana aku mencintainya kerana MU....

                         dirimu umpakan ku sebagai pokok yang melindungi panasnya mentari,
                         tetapi ku khuair akan ada manusia menebangnya dan membawamu pergi,
                         begitu juga awan yang melindungi ku,
                         pasti akan ada hujan yang akan membasahi diriku,
                         ku hanya ingin menjadi air,
                         walaupun dibadai ombak yang kuat,
                         ku tetap megalir,
                         walaupun dihentam ribut ku masih mengalir,
                         ku relakan diriku untukmu sayang,
                         dan jika aku pergi satu hari nanti renunglah pada lautan,
                         kerana air di lautan begitu jauh,
                         dan sejauh itu aku akan pergi,
                         tetapi janganlah kau khuatir sayang,
                         kerana air di lautan tidak pernah kering,
                         pasti akan ada yang hadir membasahi hatimu dengan cinta dan sayang yang akan
                         bersemadi  di hatimu,
                         dan izinkan aku menyimpan rasa cinta yang azali padaku dan terima kasih atas segala    
                         cinta dan pengorbanan mu pada ku..

begitu luas ALLAH mencipta lautan...
bgitu dalam ALLAH meletakkan lautan...
begitu indah ALLAH meletakkan kehidupan di dalam lautan..
dan begitu aku tak terkata melihat semua ciptaanNYA...
dia menginginkan lautan kerana air yang tak pernah kering..
kerana jauhnya lautan tiada penghujung..
tapi sedarkah dia betapa takutnya aku menbayangkan tentang lautan..
cinta dia...
pengorbanan dia...
kesetiaan dia...
kasih sayang dia...
tiada penghujungnya...
dan aku...
apa yang aku boleh lakukan untuk dia..
satu hari nanti dia akan pergi meninggalkan jauh seperti jauhnya lautan..
aku hanya bisa memandang lautan dengan pandangan kosong dan berharap temukan aku kembali dengan dia...
adakah dia akan sedar..
aku akan menjadi daun kering terapung di atas permukaan lautan yang tiada penghujungnya juga....
moga aku menjad kuat seperti tegunya awan di langit...
kerana aku mencintainya kerana MU..

                                     cinta kepadaNYA tiada penghujungnya sayang...
                                     ALLAH hadirkan saya mengisi kekosongan dalam diri awak...
                                     membuang segala keraguan terhadap kaum adam ..
                                     begitu juga awak...
                                     awak hadir membawa cahaya..
                                     kegembiraan yang tak pernah saya rasai...
                                     begitu beharga permata yang ALAH turunkan kepada saya..
                                     dan jika antara kita pergi..
                                     kita mendapat manfaat
                                     kebahagiaan yang saya perolehi,
                                     dan kekuatan menentang lelaki bukan dengan kebencian di hati....

semoga ALLAH memerkuat kita menerima takdir yang sudah tertulis untuk kita di masa yang akan datang...

                                     jika saya terpaksa pergi,
                                     izinkan saya pergi menghadap ilahi kerana saya tak mampu hidup melihat
                                     orang yang saya cintai bersama orang lain..
                                     saya ingin di sampingnya,
                                     di dalam dakapannnya,
                                     selagi masih saya bersama awak,
                                     izinkan saya memberi awak kebahagiaan,
                                     saya janji saya takkan tinggalkan awak,
                                     saya janji takkan buatawak terluka,
                                     saya akan lakukan semua kehendak awak,
                                     saya ingin kan kekuatan awak sayang,
                                     saya harap jika ada kehidupan kedua saya ingin bersama awak hingga ke
                                     hujung nyawa,
                                     jangan lupakan saya dan bencikan saya...

Selagi ALLAH mengurniakan kudrat yang sihat dan berpanjangan pada saya...
In sya ALLAH...
dengan izin ALLAH saya akan tetap bersama awak menjadi yang halal hingga ke jannah...
dengan kehendak ALLAH saya akan menunggu setia pada awak...
dengan takdir ALLAH...
saya akan tetap mencintai selepas ALLAHdan Rasul...

fainnama'al 'usri yusra
"oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan mu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"

inna ma'al 'usri yusra 
"(sekali lagi ditegaskan); bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"

(surah al-sharh:ayat 5 & 6)

0 comments:

Powered by Blogger.
Powered By Blogger

© PENA BERCERITA, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena