kehidupan ini selalu dikatakan tidak adil... tapi siapa kita untuk menentukan dunia ini adil ataupun tidak..
"assalamualaikum"
mata semua tertumpu pada pintu yang sebentar tadi tertutup tapi kelihatan dikuak sedikit.
"waalaikumusalam, silakan masuk" kata pensyarah yang berhenti dari mengajar kerana gangguan dari pelajar yang baru masuk. Mata pelajar di dalam kelas tidak berkedip memandang pelajar baru.
"Baik kelas. Ini pelajar baru akan follow kelas kita. Sila perkenalkan diri awak." sambung En. Idham.
kelas kedengaran sedikit riuh menerima pelajar baru.
"Nama diberi Muhammmad Hilman" kelas sedikit bersorak. Tapi Hilman terus membuat muka yang tak beriak.
"Kamu boleh ambil tempat duduk"
"Thank you, Sir"
"You are welcome"
kaki terus melangkah mencari tempat yang masih kosong dan terus duduk . Kelas diteruskan.
Perut dah berbunyi menandakan sudah lapar. Apa tak nya. Dari tadi perut tak di isi apa-apa. kelas padat pula hari ini. Lagi satu masalah. Mana pula aku nak cari kafe ni? haish. Mana nak redah ni? Tak pasal-pasal tembus blok siswi nanti.
"Awak?"
HUH! terkejut aku. Kalau ada sakit jantung tadi dah lama mati muda. Budak ni pun lain kali bagi lah salam.
"awak nak pergi mana?" Balqis kembali bersuara.
"hah? nak pergi bulan" laju mulut Hilman loya buruk
"owh. okey" Balqis berlalu meninggalkan Hilman termangu.
"eh, nak pergi mana?" Hilman pula yang bersuara.
"cakap dengan saya ke?" haha.. aku pula yang kena.
"tak cakap dengan jalan raya ni" sambil menunjukkan jalan yang dipijaknya.
"owh, okey" Balqis menyambung langkahnya kembali. Hilman menepuk dahinya.
"Awak!" suara Hilman dikuatkan sedikit kerana Balqis sudah pun jauh darinya. Balqis tak beri respon dengan panggilannya.
"Awak yang berpayung pink baju kurung ungu!" Hilman jerit. Yeah. Taktik menjadi. Balqis berhenti. Hilman berjalan berdiri disebelah Balqis.
"Nak apa?" Balqis bersuara tanapa memandang.
"Tunjukkan saya cafe. Saya lapar" Hilman mempamerkan giginya yang putih.
"Okey" jawab Balqis sepatah dan mereka berjalan beriringan.
"dah seminggu sayan masuk sini. Saya tau pun nama awak. Nama awak apa?" Balqis hanya diamkan diri.
"awak. Saya tanya awak ni." masih tiada tindak balas.
"Awak" Hilman panggil lagi.
:"Apa awak ni? tak namapak ke Madam tengah mengajar tu. tak pasal-pasal nanti kena tahan dalam kelas sebab tak focus dengan apa yang dia ajar." Balqis bersuara. Hilman dari tadi menganggu perhatian dia. 'lain kali duduk tempat lain lah. jangan duduk sebelah aku lagi' Balqis bermonolog sendiri.
"Okey, Sorry" Hilman kembali menumpukan perhatian dalam kelas.
"Awak! tunggu!" Hilman menjerit memanggil Balqis dari belakang.
"Awak nak apa?" Balqis terus melangkah.
"Saya nak tau nama awak" Hilman terus mengejar.
"nak buat apa? saya nak cepat ni. saya belum solat lagi ni" Blaqis mempercepatkan langkah.
"kejaplah. Bagi tau je lah nama awak" Hilman bertanya lagi. Dia bukannya tak boleh tanya rakan kelasnya yang lain. Dia saja nak gadis itu beri tahu dengan sendirinya.
"Balqis! Tunggu Man!" Hilman mengejar dia dari belakang. kerja aku semenjak masuk sini memang kejar dia setiap masa. Alahai apa lah susahnya aku nak dekat dengan dia.
"Balqis!" Hilman tidak berputus asa.
"BALQIS!!!!"
Sekelip mata kedua-dua mereka terbaring di jalan.
"Balqis? awak tak apa-apa?" Hilman membantu Balqis bangun.
"Awak ni kenapa? apa yang awak kejarkan? kenapa nak cepat aja? nasib baik saya ada. Kalau tak. sia-sia je dapat MC. Lain kali jalan nak laju pun tengok kiri kanan ada kereta ke tidak. ni main jalan je." membebel panjang Himan. Apa tidak nya Balqis nyaris je di lnaggar dengan kereta yang dipandu pelajar universiti ni. Budak tu pun satu. tak retu ke nak bawak kereta perlahan? haish.
"saya tak apa-apa. Terima kasih" Balqis berlalu meninggalkan Hilman.
"Balqis. Man suka kan Balqis. Man suka kan Balqis sejak mula-mula Man masuk universiti ni. Man sengaja duduk dekat sebelah Balqis. Tapi Balqis selalu jual mahal dekat . Nak dengar Balqis bagi tau nama pun susah. Balqis, Man bukan setakat suka kan Balqis.Tapi Man dah jatuh sayang dan cintakan Balqis. Selama satu semesta Man kat sini susah Man nak lupakan perasaan Man pada Balqis. Semakin hari Balqis cuba jauhkan diri Balqis dengan Man. Kenapa Balqis? Man ada buat salah dengan Balqis ke?" Hilman memandang wajah Balqis meminta penjelasan. Tetapi Balqis hanya mendiamkan diri.
"Balqis, please say something" Hilman memohon lagi.
"Awak. Tinggal kan saya. Lupakan saya. Buang semua tentang saya. Jangan mengharap pada saya lagi" Balqis berlalu pergi tanpa menghiraukan perasaan Hilman ketika itu.
"Balqis! Saya tak akan menyerah!!!"
"Hilman terima kasih untuk segalanya. Terima kasih apa yang awak dah lakukan pada saya"
"Tak ada apa yang perlu diterima kasihkan. Saya ikhlas menyanyangi awak."
"Lama awak tunggu saya Hilman. Sekarang ni dah masuk semester tiga. Awak tak bosan tunggu saya?"
"Saya tak pernah bosan tunggu awak. Balqis? awak dah terima saya ke?"
Balqis menghadiah segaris senyuman yang sangat manis...
"ye, saya terima awak" kegembiraan Hilman tidak terkata. :)
Hilman teman saya makan dekat cafe
peasanan ringkas dihantar
okey yang. :)
"Ayang nak makan apa?" mesra Hilman menyapa Balqis.
"Nasi Goreng Ayam"
"okey"
"Ayang dah prepare untuk final?"
"Ada lah sikit. Tapi lepas ni nak study dengan Farah dalam bilik"
"owh. okey. Kenapa makan tak habis tu?" Hilman buat riak pelik.
"Kenyang" Balqis menjawab selamba sambil menyedut minumannya.
"Kenyang apanya buka dari pagi tak makan ke?" Hilman menunjukkan keperihatinan dia.
"Nampak awak je dah kenyang na buat macam mana.. hehehe.." Balqis tersenyum
"Hish ayang ni. Lepas ni makan jangan ada sayang lah. Nanti ada sayang ayang makan sikit je"
"tak boleh, sayang ni selera ayang. Sayang tak ada. Hilang lah selera ayang. hee"
"Ada-ada ajalah ayang sayang ni." masing menghabiskan minuman.
"Jom" Balqis mengajak Hilman beredar.
"Balqis" Hilman menggenggap jemari halus Balqis.Membuatkan Balqis sedikit tergamam,
"Hilman sayang sangat kat Balqis"
"Balqis? kenapa ni?" Hilman bimbang melihat wajah Balqis berubah menjadi pucat.
"Ayang? hey, kenapa ni?" Hilman cuba memanggil tapi tiada tindak balas.
"BALQIS!!!" Balqis rebah dipelukkan Hilman..
"Hilman, Balqis minta aku bagikan kau benda ni" Farah menghulurkan sampul pada Hilman. Amanat dari Balqis. Hilman mengambil tempat duduk dan membuka sampul.
assalamualaikum Hilman.
ketika awak baca surat ini... saya mungkin dah tak ada lagi di depan mata awak..
saya mintak maaf sangat sebab buat awak menunggu saya terlalu lama..
saya suka tengok awak kejar saya hari2... gedik kan.. haha...
lagi sekali saya mintak maaf.. saya tak ada niat nak jauh dari awak...
saya memang selalu kena cepat balik bilik... sebabnya saya kena ambik ubat...
saya tak boleh terlalu penat.. ubat setiap masa kena ambik..
saya tak niat nak sorokkan sakit ni dari awak.. sekarang awak dah tau kan kenapa saya selalu nak cepat sampai awak terpaksa selamatkan saya....
mula2 saya jumpa awak.. perasaan saya sama dengan awak.. saya happy bila awak duduk sebelah saya.. sebab tu saya tegur awak masa kat luar.. tapi awak main2 pulak...
sebenarnya selama 3 semester saya cuba tahan perasaan saya dari menyukai awak,,,
sebab saya tak nak sakitkan awak... saya tahu yang saya akan pergi.. saya tau saya tak dapat nak bahagiakan awak... saya cuba tahan awak,,, segala apa yang saya rasa.. tapi awak selalu minta saya untuk terima awak.... saya tak sanggup nak tolak... sebab saya pun terlalu sayang dan cintakan awak...
sayang.. ayang mintak maaf.. ayang hanya dapat bahagiakan sayang dalam masa satu hari sahaja.. jantung ayang tak dapat nak diselamatkan lagi... lama ayang tanggung derita ni.. sakit ayang hanya farah sorang sahaja yang tahu.. sayang mesti terkilan dengan apa yang dah berlakukan sayang... ayang sayang sangat dengan sayang sehingga takut untuk melihat sayang mengalirkan air mata kerana ayang... ALLAH lebih sayang kan ayang... ayang harap.. sayang akan terus hidup tanpa ayang di sisi... teruskan usaha sayang menjadi seorang doktor.. biar nanti sayang dapat selamatkan orang yang macam ayang ni... buat yang terbaik untuk final examination yang akan datang.... moga ALLAH akan satukan kita kembali disana nanti...
sekali lagi.. terima kasih untuk segalanya.....
Air mata Hilman mengalir tanpa diminta.. Terus mengalir dengan deras. Farah dari tadi hanya menjadi penonton yang setia..
"Hilman, Balqis sebenarnya sakit. Dah lama dia mengidap jantung berlubang. Dalam bilik dia sentiasa cerita pasal kau. Dia terlalu sayangkan kau. Ni dia ada tinggalkan hadiah untuk kau juga. Dia ingat dia nak bagi sendiri masa hari lahir kau nanti. Tapi dia cakap yang dia takkan sempat." Farah menghulurkan kotak hadiah. Hilman menyambut dengan lemah. Tak sangka yang dia menyediakan hadiah. Hilman perlahan-lahan membuka kotak itu. Kotak muzik pemberian Balqis dibuka. Didalamnya mempunyai cicin.
dekat cincin ni ada nama awak... hope awak suka.. :)
Hilman menyarungkan cincin itu dijari manisnya...
"Balqis, walaupun sehari sahaja saya memiliki awak sepenuhnya... saya tetap bahagia disamping awak selama dua tahu kita berkawan. saya tak sangka yang awak akan pergi dulu dari saya. Saya doakan agar awak aman disana. Sayang saya pada awak until JANNAH.. Terima kasih untuk segalanya nya" sekian kalinya Hilman menglirkan air mata lelakinya..
Monday, October 1, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.



0 comments:
Post a Comment