sekarang baru aku merasa,
betapa sakitnya cinta,
kerana mengharapkan dia,
menjadi pendamping yang setia.
bodoh nya aku,
percaya semua ungkapan dari mu,
tanpa memikirkan rasa ku,
yang sering setia menunggu.
bukan kesal bukan dendam,
cuma ingin ungkapkan apa yang terpendam,
iaitu kamu yang kejam,
kerana mempermainkan kepercayaan aku yang mendalam.
adakan kegoan aku penyebabnya?
adakah salah aku mempercayainya?
salah kah aku memberi kebebasan kepadanya?
mungkinkah aku terlampau percaya katanya?
disini pengakhiran,
pengakhiran segala pertemuan,
pertemuan yang telah memutuskan hubungan,
hubungan yang tidak berlandaskan kejujuran.
kini aku meninggalkan segalanya,
kembali mencari jiwa asalnya,
kebencian yang lahir sejak azalinya,
untuk terus memperoleh kebahagiaan kehidupannya....
pena yang sentiasa berbicara sendirian....



0 comments:
Post a Comment