BE WHERE YOU WANT TO BE, LIVE HOW YOU WANT TO LIVE, DO WHAT YOU WANT TO DO, LOVE WHO YOU WANT TO LOVE.

Thursday, November 24, 2011

janji manis

“Saya sayang dan cinta awak. Saya janji bila kita kawin nanti saya akan jaga awak macam nyawa saya sendiri. Saya tak kan kasi sekor pun nyamuk gigit awak”
Kalimah sering dituturkan dibibir. Manisnya ketika bercinta. indahnya ketika bersama dahulu. Ketika Ini dunia bagaikan kita yang punya. Terasa hanya diri ini dan orang yang tersayang hidup di dunia. Dapatkah kita merasai kemanisan dan kebahagiaan ini hingga ke jijang pelamin?


Alhamdulillah, akhirnya doaku dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T. hari ini sah aku menjadi milik seseorag yang selama ini aku cinta. Orang yag selama ini aku telah taburkan kasih sayang aku.
Setahun berlalu. Aku mengecapi kebahagiaan yang teramat sangat. Aku dan suami dikurniakan cahaya mata yang pertama. Alangkah bahagia kami. Kandungan aku kini mncecah hampir 8 bulan. Suami ku sungguh gembira. Dia menyiapkan bilik isimewa untuk anak sulung kami. Pelbagai persiapan yang dia lakukan untuk menyambut kelahiran yang pertama ini.


Kebahagiaan aku bagaikan disentap. Bagai diragut secara tiba. Orang yang paling aku sayang kini kian berubah sedikit demi sedikit. Aku melakukan kesalahan ke? Aku tidak melayan dia ke? Semua aku telah lakukan demi kebahagiaan dia. Aku mengikut semua arahan dia untuk duduk di rumah. Berbaju kurung 24 jam. Mungkin bagi dia aku akan lebih kelihatan ayu dengan berbaju kurung. Tapi kenapa makin hari, dia semakin kasar dengan aku? Aku kini mengadung anak kedua kami. Dia sering sibuk dengan tugasnya di tempat kerja. Jarang masa di luangkan untuk aku dan kandungan aku.


15 tahun kini sudah berlalu. Aku telah meperoleh 5 cahaya mata. Sepanjang masa itu juga aku makan hati. Pelangi yang aku harap kekal indah rupa ia akan lenyap juga. Pelbagai perkara aku telah rasai. Kaki dan tangannya sering naik ke badan aku. Setiap kali anak-anak melakukan kesalahan. Aku menjadi sasarannya melepaskan geram. Tidak cukup dengan kaki dan tangan naik ke badan aku. Besi buaian, helmet, dihentak ke dinding bagaikan sudah lali dengan aku. Tiada setitik pun air mata jatuh dari kelopak mataku untuk menangisi kesakitan yang aku lalui. Kering hati aku untukmenangisinya. Jika dia tidak dapat melepaskan geramnya kepada aku, anak-anak aku pula menjadi sasaran. Di lambung dan jatuh ke lantai. Di halau keluar rumah. Katanya andai keluar pandailah balik sendiri.


Hati aku kini semakin tawar menerima dia dalam kehidupan aku. Aku hanya mengenangkan nasib yang bakal anak-anak aku lalui jika aku bercerai dengan dia. Keadaan dia semakin hari semakin teruk. Perempuan keliling pinggang. Dia mempergunakan raut wajahnya yang  tampan dan pemakaian yang berstyle untuk menarik minat semua perempuan diluar. Rumah bagaikan tempat dia melepaskan penat dan tidur. Aku hanya sebagai peneman tidur dia.


Rumah aku kini bagaikan neraka. Kata-kata manis dahulu kini digantikan dengan caci maki yang menyakitkan telinga. Bila berdepan dengan masyarakat luar. Apa yang terdaya aku lakukan hanya senyum dan menyembunyikan segala kesakitan. Hati aku terus berdarah dan berdarah, kecewa dengan apa yang dijanjikan dhulu. Luka ini akan meninggalkan parut yang amat dalam untuk diubati oleh apa pun. Bila bercerita dengan orang luar


Ya ALLAH Ya Tuhanku. Kau kuatkanlah hambamu ini untuk terus tabah menjalani dugaan yang kau beri. Aku tahu bahawa ENGKAU takkanmenurunkan ujian diluar kekuatan hambanya. Aku berharap ENGKAU berikan aku petunjuk untuk terus menjalani kehidupanini dengan senyuman. Aku bersyukur padaMu kerana engkau telah pun menurunkan malaikat untuk sentiasa menjadi kekuatan aku. Kau redhailah pengorbanan yang aku telah lakukan. Aku mohon padaMu Ya Rabb agar kau bukalah hatinya suatu hari nanti sebelum dia terlambat menyesali semua nya. AMIN.


>ini hanyalah rekaan semata-mata. tak ada kena mengena antara yang hidup tau pn yang sudah mninggal duia.. saja nak mencuba bakat.<

0 comments:

Powered by Blogger.
Powered By Blogger

© PENA BERCERITA, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena